Saturday 26 March 2011

Nurul Mawaddah




Sikit lagi nak tertulis Nurul Mawaddah bt Zainal Abidin....nasib baik!


Sepatutnya bt Mohd Imaduddin. Saya la tu.


Termenung sekejap masa tulis prescription slip untuk baby haritu. Dah jadi bapa orang rupanya aku. Cepat betul masa berlalu. Haritu Mawaddah masuk Wad 3C selama 4 hari sebab Acute Tonsillitis.Terima kasih kepada Dr Siti Sarah , senior HO yang establishkan diagnosis dan merawat puteri sulung kami. ( tatkala MO A&E tulis Fever for Investigation )


Bukan senang nak visualize throat kanak-kanak yang sedang menangis..betul tak ?. silap haribulan mak baby yang menangis


Zainal Abidin tu wan @ datuk Mawaddah. Nama Mawaddah abinya yang bagi, nama Nurul umminya yang bagi. Both ummi and baby takda kat rumah sekarang, outstation di Subang. Tumpang rumah ainin @ PakLong and Mak Long....  




SALAH FAHAM MASYARAKAT
" Anak mak cik pun kena tonsil juga haritu, lepas makan antibiotic ok je" ujar Pn Rabiah
" Adik aku selalu kena tonsil juga , tapi tak pernah masuk wad pun " jawab Husna
" Doktor kata tonsil aku bengkak gila wei, sebab tu sakit masa nak telan " kata Salih


Acute Tonsillitis tu ialah jangkitan kuman ( tak kira viral atau bacterial ) terhadap tonsil yang sedia ada dalam mulut. Bukan datang semasa demam dan menghilang selepas demam.




Manusia memang ada 2 tonsil dalam tekak. Bila dijangkiti kuman, ia boleh membengkak dan mengeluarkan white patchy nodule




Begitula serba ringkasnya.


Jadi term  'kena tonsil' itu salah, 'tonsil bengkak' itu betul . Sebab tonsil memang dah sedia ada. Tinggal saja ia membengkak bila dijangkiti kuman. Bukan seperti biskut Chipsmore , sekejap ada sekejap tiada, kemudian ada semula.


p/s : Sakit telinga dan geram pun ada tengok orang yang tak reti2 nak menyebutnya. ( termasukle isteriku yg doktor tu)


" Kesihatan ialah Kesedaran"




wassalam
Dr Imaduddin
Jabatan Ortopedik
56000 Teluk Intan